Wednesday, February 23, 2011

Love bites kills! Facts

Seorang wanita (nama dirahsiakan), separuh lumpuh selepas mengalami serangan sakit jantung sebagai akibat gigitan asmara yang dilakukan oleh kekasihnya sendiri.

Daily Mail untuk pertama kalinya melaporkan kes seumpama ini yang terjadi di Aukland , New Zealand selepas wanita ini tidak dapat menggerakkan tangan kirinya susulan serangan jantung dialaminya.

Dia dimasukkan ke hospital Aukland dimana para pakar kebingungan sekaligus mensyaki ianya susulan serangan jantung pada mulanya gagal mengesan punca sebenar.

Mereka kemudiannya memeriksa kesan gigitan asmara pada bahagian kanan lehernya. Di bawah kesan itu, mereka menemukan punca serangan sakit jantung berkenaan.

Gigitan asmara itu menyebabkan kerosakan pada pembuluh darah itu dan pembentukan darah beku. Darah beku itu kemudian mengalir ke jantung mangsa, menyebabkan dia mengalami strok.


Ini merupakan kes yang pertama pernah dilaporkan di akibatkan 'Love bites'