Saturday, September 25, 2010

Kedai runcit setinggi 30'000 kaki paras laut!

Peristiwa yang tidak akan ku lupakan!

Pada 20 September 2010 saya ditugaskan ke Sarawak untuk pengambaran 999. ini adalah pertama kali  saya sebagai anak Kuala Lumpur menjejakkan kaki ke Sarawak.

Bayangkan tidak mahu tertinggal pesawat, teruja tidak tidur semalaman menunggu saat dinantikan.

Pertama kali di LCCT, suasana sesak tidak saya bayangkan kerana jika di terimal menempatkan penerbangan MAS suasana lebih tenang dan selesa.

Selalunya apabila ku ditugaskan ke mana-mana tugasan di semenanjung, TV3 akan menyediakan penerbangan MAS namun perjalanan ke Sarawak kali ini menggunakan Air Asia..

Dipendekkan cerita...

Semasa saya didalam flight ke Sarawak sambil cuba untuk tidur, secara tiba-tiba terdapat pelbagai makanan dan minuman ringan hanya bersebelahan dengan ku, dan tanpa memikir panjang aku terus membuat permintaan “ air Ribena ada tak?”








Dengan pantas peramugara itu memberikan .. untuk seketika aku gembira.. namun aku pelik kenapa beliau hanya menunggu disebelah sambil melihat ku berkali-kali, beliau menghulurkan tangan dan meminta RM6.

Aku terkedu dan terkejut.. ku ingatkan ianya sebahagian sajian penerbangan, ternyata aku silap..hehe

Rupanya barulah saya faham di atas pesawat rupanya ada juga urusan jual beli umpama kedai runcit bergerak memberikan perkhidmatan kepada pelanggan yang memerlukan dan kemungkinan kelaparan.

Cuma harga yang agak mahal membuatkan saya tersentak, mujurlah dalam poket ada wang mencukupi.

Rakan sekerja Rosli Abdul Rahman mesra dipanggil 'Abang Rosli' hanya tersenyum kerana saya baru mengetahui perkara ini.

Saya kini baru berusia 21 tahun, dalam usia semuda ini berpeluang menaiki pesawat ini, bayangkan ramai lagi remaja seusia tidak berpeluang seperti saya mungkin tidak juga mengetahui adanya kedai runcit ini.

No comments: